Assalamualaikum.
Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah yang mengizinkan segala sesuatu,Tuhan langit dan Bumi, Tuhan Makhluk sekalian Alam dan dengan izin Nya jugalah tangan ini menulis,hati ini berbicara. Dan Selawat serta salam pada Rasul Junjungan, Muhammad S.A.W.
Nafsu. Ada yang mengatakan nafsu ini adalah musuh Iman. Betul ker...ya betul jika kita tak tahu bagaimana hendak mengawal nafsu ini. Tidak kah Nafsu juga dijadikan Allah. Tidakkah Nafsu ini datangnya Dari Allah. Tidakkah setiap ciptaan Allah itu adalah ciptaan yang sempurna?
Maka kita mesti menerima bahawa Nafsu ini adalah ciptaan Allah. Dan setiap ciptaan Allah itu tidak lah sia-sia. Jadi kita tidak boleh mengatakan sahaja nafsu ini perkara yang buruk. Tetapi juga ada kebaikannya.
Sesuatu perkara itu apabila berlebihan atau terlampau maka akan membawa kepada keburukkan. Kalau api, kecil-kecil menjadi kawan bila besar menjadi lawan. Begitu juga dengan dadah, jika kuantiti tg debenarkan menjadi ubat, tetapi apabila berlebihan menjadi Racun.
Nafsu, adabanyak jenis nafsu, nafsu makan, nafsu seks, nafsu beribadat, nafsu berkerja dan lain-lain lagi.
Saya katakan nafsu ini membawa kebaikan. Katakan manusia tidak ada nafsu, maka dunia ini tentu tidak dapat ditadbir. Tanpa nafsu manusia akan cenderung hanya untuk beribadat. Beribadat semata-mata kepada Allah. Tidakkah Allah menuruh manusia untuk menyeimbangkan dunia dan akhirat. Seperti ringkasan dari Sabda RasulAllah s.a.w: Aku berpuasa tetapi aku juga berbuka. Aku juga berkahwin. Ini bermakna Nabi S.A.W tidak semata-mata beribadat kepada Allah tetapi juga menjaga hal-hal keduniaan.
Berbalik pada NAFSU ini. Nafsu ini membuatkan kita maju. Kita ada perasaan berlumba-lumba sesama kita. Sama ada dalam pekerjaan, pengajian, dan bidang-bidang lain. Cumanya saya katakan mestilah dengan kadar yg tertentu Nafsunya. Jangan sekali-kali berlebihan.
Jadi saya simpulkan bahawa pandai-pandailah kita mengawal nafsu kita. Jangan biar Nafsu mengawal kita.
InsyaAllah dalam posting seterusnya kita akan bincangkan macam mana kita hendak mengawal nafsu. Dan jadikan Nafsu Hamba Kita....InsyaAllah
No comments:
Post a Comment