Dengan lafaz BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM. Aku mulakan tulisan aku. Kenapa aku menulis. Perlukah aku menulis. Aku katakan. Aku menulis bukan kerna nama. Aku cuma menulis apa yang aku rasa.
Kata orang Ikut RASA BADAN BINASA. Bagi ku..biarlah badan binasa kerana badan ini akan kutinggalkan pergi suatu masa nanti..yang akan kubawa hanya hati yang suci mengadap Illahi.
Aku tak mengharapkan apa-apa. Siapa sudi membaca bacalah. Kalau tak sudi pun aku tak berkecil aku.
Telah aku nyatakan aku bukannya Ulamak, Guru Ugama, Ustaz . Bukan..itu bukan aku. Aku hanya hamnaNya yang banyak berfikir tentangNya. Ingin mendapat RidhaNya.
Ini adalah coretanku. Yang datang dari KalbuKu..tak salah aku katakan ianya datang dari Tuhanku Allah..sudah tentu darinya kerna apa-apa yang ada adalah kernaNya. Bukan dengan kehendakku tetapi dengan perencanaannya jua.
Wahai orang-orang yang soleh. Sujudlah dan takutlah kepada Allah yang menjadikan Mu. Yang menjadikan segala isi bumi ini. Maka dengan ketakutan inilah aku mencariNya. Berfikir tentangnya dan juga kekasinhya Muhammad S.A.W.
Aku nukilkan perjalanan ku mencari TuhanKu melalui jalanya JALAN YANG LURUS. JALAN YANG DIBERI NIKMAT. BUKAN JALAN YANG DIMURKAI DAN JALAN YANG SESAT.
Sekiranya ada yang membaca tulisan ku ini tinggi Ilmunya. Mintak beri tunjuk ajar. Bimbingan supaya tidak tersasar dari jalanNYa..
Amin
No comments:
Post a Comment