Assalamualaikum..
Bismillahhirrahmanirrahim.
Aku tertarik dengan potongan ayat Al-Quran ini. Kerna aku telah melaluinya. Ya..melaluinya..Setinggi manapun usaha kita tapi tanpa tawakkal pada Allah adalah sia-sia. Kerna Dialah pendorong segalanya.
Kalian tidak akan pernah bersih selama-lamanya, akan tetapi Allah-lah yang akan membersihkan hatimu dari pebuatan keji dan mungkar. (Lihat QS Maryam; 21)
Thursday, October 6, 2011
Wednesday, October 5, 2011
MAZMUMAH vs MAHMUDAH
Assalamualaikum.
Teringat pulak pertanyaan seorang kawan. Apa maksud Mazmumah dan Mahmudah.
Saya terangkan secara ringkas di bawah
MAHMUDAH
Sifat Mahmudah adalah sifat yang TERPUJI atau HATI YANG TERPUJI. Sesiapa yang memiliki
sifat Mahmudah ini kita dapat lihat terpancarnya sifat-sifat terpuji dari dalam dirinya seperti suka menderma,
selalu bersangka baik. Mudah memaafkan dan banyak lagi.
MAZMUMAH
Sifat Mazmumah pula adalah berlawan dari sifat Mahmudah. Orang yang memiliki sifat Mazmumah ini
memiliki hati Terkeji dengan tampaknya sifat yangkeji seperti Menerima Rasuah. Suka merungut apabila
dalam kesusahan. Suka menghina orang dan lain-lain lagi.
10 SIFAT MAHMUDAH

- Taubat
- Khauf - takut
- Zikr al-Maut - Ingat Mati
- Mahabbah - kasih sayang
- Zuhud
- Tawakkal
- Ikhlas
- Syukur
- Redha
- Sabar.
- Ghadab - marah
- Hasad Dengki
- Bakhil - kedekut
- Syarhu Ta'am - "Buruk Makan"
- Syarhu Kalam - "Buruk Cakap"
- Hubb al-Jah - Gila Kuasa
- Hubb al-Dunya - Gila Dunia
- 'Ujub - Hairan Diri - Syok sendiri
- Takabbur - Sombong
- Riya' - menunjuk-nunjuk.
NAFSU - MUSUH ATAU KAWAN
Assalamualaikum.
Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah yang mengizinkan segala sesuatu,Tuhan langit dan Bumi, Tuhan Makhluk sekalian Alam dan dengan izin Nya jugalah tangan ini menulis,hati ini berbicara. Dan Selawat serta salam pada Rasul Junjungan, Muhammad S.A.W.
Nafsu. Ada yang mengatakan nafsu ini adalah musuh Iman. Betul ker...ya betul jika kita tak tahu bagaimana hendak mengawal nafsu ini. Tidak kah Nafsu juga dijadikan Allah. Tidakkah Nafsu ini datangnya Dari Allah. Tidakkah setiap ciptaan Allah itu adalah ciptaan yang sempurna?
Maka kita mesti menerima bahawa Nafsu ini adalah ciptaan Allah. Dan setiap ciptaan Allah itu tidak lah sia-sia. Jadi kita tidak boleh mengatakan sahaja nafsu ini perkara yang buruk. Tetapi juga ada kebaikannya.
Sesuatu perkara itu apabila berlebihan atau terlampau maka akan membawa kepada keburukkan. Kalau api, kecil-kecil menjadi kawan bila besar menjadi lawan. Begitu juga dengan dadah, jika kuantiti tg debenarkan menjadi ubat, tetapi apabila berlebihan menjadi Racun.
Nafsu, adabanyak jenis nafsu, nafsu makan, nafsu seks, nafsu beribadat, nafsu berkerja dan lain-lain lagi.
Saya katakan nafsu ini membawa kebaikan. Katakan manusia tidak ada nafsu, maka dunia ini tentu tidak dapat ditadbir. Tanpa nafsu manusia akan cenderung hanya untuk beribadat. Beribadat semata-mata kepada Allah. Tidakkah Allah menuruh manusia untuk menyeimbangkan dunia dan akhirat. Seperti ringkasan dari Sabda RasulAllah s.a.w: Aku berpuasa tetapi aku juga berbuka. Aku juga berkahwin. Ini bermakna Nabi S.A.W tidak semata-mata beribadat kepada Allah tetapi juga menjaga hal-hal keduniaan.
Berbalik pada NAFSU ini. Nafsu ini membuatkan kita maju. Kita ada perasaan berlumba-lumba sesama kita. Sama ada dalam pekerjaan, pengajian, dan bidang-bidang lain. Cumanya saya katakan mestilah dengan kadar yg tertentu Nafsunya. Jangan sekali-kali berlebihan.
Jadi saya simpulkan bahawa pandai-pandailah kita mengawal nafsu kita. Jangan biar Nafsu mengawal kita.
InsyaAllah dalam posting seterusnya kita akan bincangkan macam mana kita hendak mengawal nafsu. Dan jadikan Nafsu Hamba Kita....InsyaAllah

Monday, October 3, 2011
Aku Menulis Bukan Kerna Nama
Dengan lafaz BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM. Aku mulakan tulisan aku. Kenapa aku menulis. Perlukah aku menulis. Aku katakan. Aku menulis bukan kerna nama. Aku cuma menulis apa yang aku rasa.
Kata orang Ikut RASA BADAN BINASA. Bagi ku..biarlah badan binasa kerana badan ini akan kutinggalkan pergi suatu masa nanti..yang akan kubawa hanya hati yang suci mengadap Illahi.
Aku tak mengharapkan apa-apa. Siapa sudi membaca bacalah. Kalau tak sudi pun aku tak berkecil aku.
Telah aku nyatakan aku bukannya Ulamak, Guru Ugama, Ustaz . Bukan..itu bukan aku. Aku hanya hamnaNya yang banyak berfikir tentangNya. Ingin mendapat RidhaNya.
Ini adalah coretanku. Yang datang dari KalbuKu..tak salah aku katakan ianya datang dari Tuhanku Allah..sudah tentu darinya kerna apa-apa yang ada adalah kernaNya. Bukan dengan kehendakku tetapi dengan perencanaannya jua.
Wahai orang-orang yang soleh. Sujudlah dan takutlah kepada Allah yang menjadikan Mu. Yang menjadikan segala isi bumi ini. Maka dengan ketakutan inilah aku mencariNya. Berfikir tentangnya dan juga kekasinhya Muhammad S.A.W.
Aku nukilkan perjalanan ku mencari TuhanKu melalui jalanya JALAN YANG LURUS. JALAN YANG DIBERI NIKMAT. BUKAN JALAN YANG DIMURKAI DAN JALAN YANG SESAT.
Sekiranya ada yang membaca tulisan ku ini tinggi Ilmunya. Mintak beri tunjuk ajar. Bimbingan supaya tidak tersasar dari jalanNYa..
Amin

Saturday, October 1, 2011
IMAN
Assalamualaikum,
Iman. Kita mengaku kita beriman. Ustaz-ustaz mintak tolong perjelaskan akan maknanya Iman. Aku sudah pasti tidak dapat menjelaskannya kerna aku bukannya Ustaz.
Bagiku, iman itu adalah PERCAYA. Hanya dengan adanya kePERCAYAan maka baru adanya Iman. Kita semua tahu bahawa sebagai Umat Islam kita mestilah berpegang teguh pada rukun Islam dan Rukun Iman.
PERCAYA KEPADA ALLAH
Percaya sesungguhnya yakni kita bersaksi dengan hati, mengaku dengan lidah dan perlaku dengan perbuatan akan wujudnya Allah tuhan sekalian alam. Tidak ada tuhan lain melainkan Allah dan kita Percaya akan ujudnya Allah. Walaupun pada zahirnya tidak nampak tetapi kewujudanNya nyata sekali dengan adanya Al-Quran dan Hadis Nabi S.A.W.
Kita tidak nampak akan Allah. Tetapi kita PERCAYA akan wujudnya tuhan. Maknanya Iman itu wujud kerna adanya KEPERCAYAAN.
Tapi harus diingat Kita hanya perlu beriman kepada 6 perkara yang telah dinyatakan dalam RUKUN IMAN SAHAJA. Tak boleh kata percaya kat saya makna nya telah beriman pada saya. TIDAK. itu salah. SALAH sama sekali. Dah terpesong AKIDAH tuh. Cuma beriman pada 6 perkara.
Bagaimana bisa kita menjaga Iman agak tidak terosak. Makanya tambahkanlah kepercayaan kita. Tolak kepercayaan lain selain dari yang digariskan ISLAM.
Saya tahu, Iman ini ibarat gelombang. Ada naik ada turun. Bagaimana bisa mengekalkan Iman itu. Makanya dekatkanlah diri dengan Majlis-majlis Ilmu. Jauhilah Majlis-Majlis maksiat.
Subscribe to:
Posts (Atom)